Nasionalisme
Negara
Politik Ideologi
Daripada
Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasionalisme adalah satu ideologi atau kefahaman yang
meletakkan negara dan bangsa pada tempat yang tinggi. Atau yang mencipta dan
mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris
"nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk
sekumpulan manusia. Ia berbeza dengan patriotisme.
Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan
beberapa "kesahihan politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari
teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang
menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau
gabungan kedua-dua teori.
Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan
politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta
keagamaan, seperi yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya
menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti
nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.
Etimologi
Kata nasionalisme berasal daripada gabungan dua kata bahasa
Inggeris, iaitu nation yang membawa maksud bangsa dan ism yang membawa maksud
faham. Lalu, nasionalisme boleh difahami sebagai faham yang menjunjung tinggi
rasa kebangsaan.
Beberapa bentuk nasionalisme
Nasionalisme boleh menonjolkan dirinya sebagai sebahagian
ideologi negara, keagamaan dan ideologi. Kategori tersebut lazimnya saling
kait-mengait dan kebanyakan teori nasionalisme mencampuradukkan sebahagian atau
kesemua elemen tersebut.
Nasionalisme sivik (atau nasionalisme sivil) adalah sejenis
nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari penyertaan aktif
rakyatnya, "kehendak rakyat"; "perwakilan politik". Teori
ini mula dibangunkan oleh Jean-Jacques Rousseau dan menjadi bahan-bahan
tulisan. Antara tulisan yang terkenal adalah buku bertajuk On the Social
Contract (atau dalam Bahasa Melayu "Mengenai Kontrak Sosial").
Nasionalisme etnik adalah sejenis nasionalisme dimana negara
memperolehi kesahihan politik dari budaya asal atau etnik sesebuah masyarakat.
Ia dibangunkan oleh Johann Gottfried von Herder, yang memperkenalkan konsep
Volk (bahasa German untuk "rakyat").
Kumpulan Ku Klux Klan yang mempertahankan kedaulatan kaum
kulit putih di Amerika Syarikat
Nasionalisme romantik (juga dipanggil nasionalisme organik,
nasionalisme identiti) adalah lanjutan dari nasionalisme etnik dimana negara
memperolehi kesahihan politik secara semulajadi ("organik") hasil
daripada bangsa atau ras; menurut semangat Romantisme. Nasionalisme romantik
adalah bergantung kepada kewujudan budaya etnik yang menepati idealisme Romantik;
kisah tradisi yang telah direka untuk konsep nasionalisme romantik. Misalnya
"Brothers Grimm" yang dinukilkan oleh Herder merupakan koleksi
kisah-kisah yang berkaitan dengan etnik Jerman.
Nasionalisme Budaya adalah sejenis nasionalisme dimana
negara memperolehi kesahihan politik dari budaya bersama dan bukannya
"sifat keturunan" seperti warna kulit, ras dan sebagainya. Contoh
yang terbaik ialah rakyat Cina yang menganggap negara adalah berdasarkan kepada
budaya. Unsur ras telah dibelakangkan dimana golongan Manchu serta ras-ras
minoriti lain masih dianggap sebagai rakyat negara Cina. Kesediaan dinasti
Quing untuk menggunapakai adat istiadat Cina membuktikan keutuhan budaya Cina.
Malah ramai rakyat Taiwan menganggap diri mereka nasionalis Cina sebab
persamaan budaya mereka tetapi menolak China kerana kerajaannya berfahaman
komunisme.
Nasionalisme kenegerian ialah variasi kepada nasionalisme
sivik, selalunya digabungkan dengan nasionalisme etnik. Perasaan nasionalistik
adalah kuat sehinggakan ia diberi lebih keutamaan mengatasi hak universal dan
kebebasan. Kejayaan suatu negeri itu selalunya kontras dan berkonflik dengan
prinsip masyarakat demokratik. Penyelenggaraan sebuah national state adalah
suatu hujah yang ulung, seolah-olah ia membentuk kerajaan yang lebih baik dengan
tersendiri. Contoh biasa ialah Nazisme, serta nasionalisme Turki kontemporari,
dan dalam bentuk yang lebih kecil, Franquisme sayap-kanan di Sepanyol, serta
sikap Jacobin terhadap unitari dan golongan pemusat negeri Perancis, seperti
juga nasionalisme masyarakat Belgium, yang secara ganasnya menentang demi
mewujudkan hak kesetaraan (equal rights) dan lebih autonomi untuk golongan
Fleming, dan nasionalis Basque atau Corsican. Secara sistematik, bila mana
nasionalisme kenegerian itu kuat, akan wujud tarikan yang berkonflik kepada
kesetiaan masyarakat, dan terhadap wilayah, seperti nasionalisme Turki dan
penindasan kejamnya terhadap nasionalisme Kurdish, pembangkangan di antara
kerajaan pusat yang kuat di Sepanyol dan Perancis dengan nasionalisme Basque, Catalan
dan Corsican.
Nasionalisme keagamaan ialah sejenis nasionalisme dimana
negara memperolehi "political legitimacy" dari persamaan agama.
Zionisme di Israel adalah satu contoh yang baik. Walaupun begitu, lazimnya
nasionalisme etnik adalah dicampurkan dengan nasionalisme keagamaan. Misalnya,
di Ireland semangat nasionalisme adalah berpunca dari persamaan agama mereka
iaitu Katolik; nasionalisme di India seperti yang diamalkan oleh pengikut parti
BJP adalah berpunca dari agama Hindu.
Namun demikian, bagi kebanyakan kumpulan nasionalis agama
hanya merupakan simbol dan bukannya motivasi utama kumpulan tersebut. Misalnya
pada abad ke-18, nasionalisme kaum Irish dipimpin oleh mereka yang menganut
agama Protestan. Gerakan nasionalis di Ireland bukannya berjuang untuk
memartabatkan teologi semata-mata. Mereka berjuang untuk menegakkan ideologi
yang bersangkut paut dengan Ireland sebagai sebuah negara merdeka terutamanya
budaya Ireland. Justeru, nasionalisme kerap dikaitkan dengan kebebasan.
Di sebaliknya, Islam menentang nasionalisme, tribalisme
(perbezaan kaum), rasisme, atau sebarang bentuk diskriminasi manusia yang tidak
berdasarkan kepada kepercayaan seseorang itu. Islam menggalakan keharmonian
masyarakat Islam atau ummah. Bahkan menjamin keharmonian penganut agama lain
dan menganjurkan kemamanan untuk semua. Penduduk Islam diseluruh dunia tidak
kira bangsa, warna dan keturunan bersolat dikiblat yang sama, berpuasa pada
bulan Ramadan yang sama serta menunaikan haji di Kaabah yang sama. Malah
sewaktu menunaikan haji atau umrah, semua orang wajib memakai kain ihram putih
yang sama. Perkataan ummah selalu disalah terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris
sebagai negara (nation) (berlainan dengan gerakan "Nation of Islam"
dan ini bertentangan dengan ajaran Islam dan ditolak oleh kebanyakan orang
Islam.
Post: Elbay
Editor: Elbay
Tidak ada komentar:
Posting Komentar